web stats

Music Player

Pages

Wednesday 4 April 2018

Assalamualaikum dear followers :)

Untuk post ini, saya nak share link tentang tugasan projek pakej multimedia interaktif bagi memenuhi tugasan kursus SJHK3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi semester ini. Mohon sokongan dan kerjasama daripada rakan-rakan dengan menekan LIKE dan memberikan KOMEN untuk projek kami pada link di bawah. Segala kerjasama yang diberikan didahulukan dengan ucapan terima kasih 

https://www.slideshare.net/eyra_hazieyrah/pakej-media-bunga-kebangsaan-93225359

Tuesday 27 September 2016

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 3: BAHASA MELAYU WARISAN KITA

6.3 BAHASA MELAYU

Terdapat enam peranan utama Bahasa Melayu :

  1. Bahasa perdagangan 
      • - memudahkan pedagang untuk menjalankan kegiatan jual beli.
        Kegiatan perdagangan di pelabuhan Melaka.

  2. Bahasa perhubungan 

      • - digunakan untuk berhubung dengan negara luar.
      • -contoh: surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff (1900-1901)
        Surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff

  3. Bahasa pentadbiran

      • -Bahasa Melayu digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
        Gambaran Sultan dan hulubalang-hulubalang di istana.

  4. Bahasa perundangan

      • -Bahasa Melayu digunakan di dalam sistem perundangan Hukum Kanun Melaka
      • -Ia dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
        Hukum Kanun Melaka

  5. Bahasa ilmu

      • -Bahasa Melayu digunakan oleh golongan ulamak untuk menyampaikan ilmu agama kepada Raja-raja Melayu di istana.
        Ulamak berkongsi ilmu di istana dan masjid.

  6. Bahasa persuratan
      • -Banyak hasil-hasil karya agung menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan.
      • -Contoh: karya Hikayat Abdullah, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Raja Pasai

Contoh Hikayat Raja Pasai.

Sila klik pada video tersebut untuk menonton video.