web stats

Music Player

Pages

Tuesday 27 September 2016

SEJARAH TAHUN 5 UNIT 3: BAHASA MELAYU WARISAN KITA

6.3 BAHASA MELAYU

Terdapat enam peranan utama Bahasa Melayu :

  1. Bahasa perdagangan 
      • - memudahkan pedagang untuk menjalankan kegiatan jual beli.
        Kegiatan perdagangan di pelabuhan Melaka.

  2. Bahasa perhubungan 

      • - digunakan untuk berhubung dengan negara luar.
      • -contoh: surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff (1900-1901)
        Surat Sultan Kelantan kepada Wright William Duff

  3. Bahasa pentadbiran

      • -Bahasa Melayu digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
        Gambaran Sultan dan hulubalang-hulubalang di istana.

  4. Bahasa perundangan

      • -Bahasa Melayu digunakan di dalam sistem perundangan Hukum Kanun Melaka
      • -Ia dijadikan panduan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
        Hukum Kanun Melaka

  5. Bahasa ilmu

      • -Bahasa Melayu digunakan oleh golongan ulamak untuk menyampaikan ilmu agama kepada Raja-raja Melayu di istana.
        Ulamak berkongsi ilmu di istana dan masjid.

  6. Bahasa persuratan
      • -Banyak hasil-hasil karya agung menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa persuratan.
      • -Contoh: karya Hikayat Abdullah, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Raja Pasai

Contoh Hikayat Raja Pasai.

Sila klik pada video tersebut untuk menonton video.